Apakah yang dimaksudkan Aweera? Mengapa dia masih mengungkit isu ini? Bukankah Aweera yang bertindak menarik diri?
“Dia tuduh saya suka main drama tetapi dalam hal ini kita tengok dia yang buat drama untuk raih simpati masyarakat. Sebab itulah kalau dia gunakan penyanyi baru Mojo, tentu persembahan mereka malam itu akan dikritik,” ujar Aweera kepada media.
Dalam kenyataan sama, Aweera juga berkata yang Edry KRU selaku ketua kumpulan Mojo terlalu bergantung kepada vokalis Caliph Buskers & kemenangan berkenaan adalah atas kapasiti kehebatan pemuzik jalanan itu dan bukannya persembahan sebenar Mojo.
Jika benar pun seperti yang didakwa Aweera, ianya memang satu persembahan yang menyentuh hati ramai penonton pada malam itu. Mungkin sampai masa Aweera sendiri buktikan kebolehan untuk mara sendiri ke pentas berprestij itu selepas ini.