Pelakon Sari Yanti memberitahu
dia tidak memberi keutamaan terhadap tawaran drama bergenre seram yang
memerlukannya untuk berlakon pada lewat malam.
Sari atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari , 31, berkata, ia
berikutan kebanyakkan penggambaran untuk drama seram dilakukan pada waktu malam
sahaja.
"Saya tidak beri keutamaan pada drama seram, kalau boleh memang saya
elakkan kerana tidak selesa dengan waktu penggambarannya.
"Cerita hantu selalunya penggambaran dilakukan pada waktu malam dan
tahulah kalau malam sudah tentu badan rasa lesu dan penat, lagi pun saya tidak
suka berlakon untuk menakut-nakutkan orang," ujarnya
.
Dalam pada itu, Sari berkata, dia juga menolak tawaran drama
yang memerlukan dia menjadi pelajar sekolah.
Katanya, ia berikutan usianya membuatkan dia agak sukar untuk menjiwai watak
remaja sekolah.
"Biasanya kalau tawaran datang saya akan pertimbangkan dulu sama ada ianya
sesuai atau tidak dengan saya.
"Kalau tidak sesuai seperti watak untuk remaja sekolah saya akan tolak
kerana bagi saya ramai pelakon baru yang boleh bawa watak itu.
"Lagi pun usia saya sudah tua untuk menjiwai watak remaja begitu dan ia
akan jadi tidak gembira bila dalam penggambaran itu nanti," ujarnya.
SUMBER