Biarpun telah menunaikan ibadah haji tahun lalu, Adi Putra tidak kisah untuk melakukan adegan panas kerana berpendapat ia adalah tuntutan kerja.
“Saya tidak membataskan watak selepas mengerjakan haji dan umrah termasuk watak panas kerana itu adalah tuntutan kerja yang perlu dilaksanakan.
“Bagi saya walaupun melakukan babak panas tetapi ia dilakukan di hadapan beberapa kru. Apa yang saya lakukan itu atas dasar pekerjaan dan pekerjaan itu merupakan satu ibadah,” ujarnya.
“Nama sahaja babak panas tetapi ketika melakonkannya ialah di hadapan ramai dan ada yang tidak bersentuhan pun. Banyak babak panas terutama di ranjang hanya guna teknik kemera sahaja,” kata Adi Putra .
Nasihat kami, ada banyak cara lain untuk Adi mencari rezeki seperti perniagaan Agensi umrah yang diusahakannya.